Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat NCER Ke–26

Mesyuarat NCER Ke–26

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Northern Corridor Economic Region (NCER) ke-26 secara maya, yang telah dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis, YAB Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) serta wakil-wakil sektor swasta dan agensi Kerajaan Persekutuan.

Selain mendengar taklimat mengenai status terkini projek dan program yang dijalankan oleh NCER, lapan buah syarikat turut telah menyatakan komitmen mereka dalam beberapa pelaburan berimpak tinggi yang bakal memperoleh pelaburan bernilai lebih RM16 bilion pada tahun 2021 dan mencipta 19,652 peluang pekerjaan dalam mesyuarat tersebut.

Majlis juga disempurnakan melalui penyampaian Letter of Award (LOA) kepada pelabur yang mengambil bahagian dalam program NCER Tax Incentives (NTAX@NCER) dan NCER Talent Enhancement Programme (NTEP).

Pelaburan yang diterima oleh Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) dengan kolaborasi Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu adalah selaras dengan usaha Kerajaan untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan YAB Perdana Menteri pada 15 Jun 2021.

Pihak NCIA pada mesyuarat itu juga telah membuat pembentangan berhubung perkembangan terkini projek-projek sosioekonomi seperti pelan pemulihan COVID-19 dan juga pelaksanaan program modal insan yang bertumpukan kepada pembangunan rakyat di NCER.

Sumber: NCER Malaysia

Arkib Foto

Logo Accessibility