Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2020

Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2020

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2020. Majlis bersejarah tersebut dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia dan dihadiri oleh 21 pemimpin APEC.

YAB Perdana Menteri turut menyerahkan hak penganjuran sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2021 kepada New Zealand, selaku tuan rumah pada tahun depan.

Majlis simbolik penyerahan itu disempurnakan kepada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, secara maya.

Antara pemimpin negara menyertai mesyuarat itu ialah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; Presiden China, Xi Jinping; Perdana Menteri, New Zealand, Jacinda Ardern; Presiden Indonesia, Joko Widodo; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga.

Arkib Foto

Logo Accessibility