Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Pemulihan Negara

Mesyuarat Pemulihan Negara

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadiri Mesyuarat Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.

Walaupun sempadan negara telah dibuka semula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ringan dalam fasa peralihan ke endemik, MPN terus komited dalam memastikan pemulihan holistik negara terus berada di landasan yang tepat.

Antara initipati mesyuarat adalah seperti berikut:

  • Situasi COVID-19 adalah dalam keadaan terkawal memandangkan lebih 99 peratus kes baharu adalah dari kategori 1 dan 2, serta 97.7 peratus dewasa dan 93.6 peratus remaja telah pun menerima 2 dos vaksin.

  • Malaysia berada di kedudukan ke-39 dalam Global Food Security Index (2021), naik 9 tangga berbanding 2020, dengan bekalan 8 komoditi utama yang stabil. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) juga menjalankan intervensi jangka pendek seperti mewujudkan stokpail ayam, semakan prosedur import MAQIS dan semakan semula Tarif Elektrik Sektor Pertanian bagi memastikan keselamatan makanan negara terus terkawal.

  • Setakat April 2022, sejumlah RM115.4 bilion telah dibelanjakan menerusi Pakej Rangsangan PEMULIH, memanfaatkan 26.8 juta #KeluargaMalaysia dan 327,3000 perniagaan. Antara inisiatif utama yang dimanfaatkan adalah RM4.6 bilion Bantuan Khas COVID-19, RM1 bilion Geran Khas Prihatin dan RM420.51 juta Bantuan Kehilangan Pekerjaan.

Arkib Foto

Logo Accessibility