YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan mesyuarat berkenaan pengurusan Kementerian Kewangan secara maya.
Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Asri Hamidon Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBrs. Puan Zakiah Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan YBrs. Dato’ Shahrul Nazri Abdul Rahim, Pengarah Agensi Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA). ⠀
⠀
Perbincangan tertumpu kepada penyampaian perkhidmatan Kementerian dan pelaksanaan langkah-langkah Belanjawan 2021 semasa PKP, terutamanya dalam memastikan kebajikan Rakyat, perniagaan dan ekonomi Negara terjamin.