YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Penyelarasan bersama YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan secara maya.
Mesyuarat tersebut membincangkan berkenaan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat serta isu-isu pengurusan di peringkat Kementerian Kewangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pihak kementerian akan sentiasa cakna dengan segala isu dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat agar kehidupan dapat diteruskan sepanjang pandemik.
Semoga wabak COVID-19 segera hilang dari muka bumi dan kita boleh menjalani kehidupan seperti sediakala.