Mesyuarat Quartet Menteri

Mesyuarat Quartet Menteri

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Quartet Menteri (MQM).

MQM bersidang setiap minggu untuk memastikan langkah-langkah kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dilakukan dengan efektif dan mengambil kira pelbagai aspek termasuklah dari segi keselamatan, kesihatan awam, implikasi ekonomi dan kewangan serta pelaksanaan pelan komunikasi yang sewajarnya supaya maklumat dapat disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.

MQM juga akan menjemput kementerian yang berkaitan bagi mendapatkan input sebelum sebarang cadangan dibawa untuk pertimbangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. ⠀

Yang penting dan utama buat masa ini adalah Kerajaan dan #KeluargaMalaysia terus bekerjasama bagi memastikan agenda #ReopeningSafely berjalan dengan lancar. Dengan kerjasama ini, usaha kita untuk membawa Malaysia keluar dari belenggu pandemik ini akan lebih cepat dan berkesan.