Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Quartet Menteri

Mesyuarat Quartet Menteri

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Mesyuarat Quartet Menteri.

Pada 14 September 2021, beliau bersama-sama YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan (Pertahanan) merangkap Pengerusi Quartet Menteri serta YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan dan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, telah duduk dan berbincang bersama pelbagai pihak bagi menjayakan misi membuka semula negara dengan selamat secara berperingkat.

Mesyuarat Quartet Menteri kini menutup tirainya setelah kita dapat lihat pelbagai matlamat telah dicapai dalam kita beralih ke arah endemik seperti pembukaan sempadan negara, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dan pembukaan ekonomi yang lebih meluas.

Ini adalah hasil kerja keras dan kerjasama pelbagai pihak demi memastikan #KeluargaMalaysia dapat kembali menjalani norma hidup dengan selamat.

Oleh itu, beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, serta #KeluargaMalaysia yang terus mematuhi SOP dan pelbagai nasihat yang diberikan.

Dengan usaha-usaha kita ini, kita akan beralih ke endemik dengan lebih cepat dan selamat. Beliau juga berharap agar rakyat akan terus berdisiplin dan berjaga-jaga, terutama sekali mereka yang mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak.

Arkib Foto

Logo Accessibility