Mesyuarat Quartet Menteri di Parlimen

Mesyuarat Quartet Menteri di Parlimen

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Quartet Menteri di Parlimen untuk sesi libat urus mingguan mengenai pengurusan pandemik COVID-19.

Mesyuarat Quartet Menteri (MQM) tersebut adalah antara usaha Kerajaan memastikan gerak kerja antara Kementerian dan agensi berkaitan dapat diperkemaskan lagi.

Seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lepas, kelonggaran untuk merentas negeri telah pun diberikan kepada mereka yang lengkap vaksin 2 dos. Ini adalah satu kejayaan buat #KeluargaMalaysia yang telah bekerjasama dalam memastikan sebanyak 90 peratus populasi dewasa negara lengkap divaksinasi.

Namun, pandemik COVID-19 ini masih berada di sekeliling kita dan kita semua belum selamat sepenuhnya daripada ancaman virus tersebut. Beliau berharap rakyat akan terus berdisiplin dalam mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan kendiri. Beliau juga berharap agar kita semua saling menasihatkan keluarga dan rakan-rakan untuk sentiasa berjaga-jaga dan semoga kita #KeluargaMalaysia akan terus selamat daripada belenggu COVID-19 ini.