Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Tahunan Kumpulan Asia/Pasifik

Mesyuarat Tahunan Kumpulan Asia/Pasifik

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Mesyuarat Tahunan Kumpulan Asia/Pasifik (APG) mengenai Pengubahan Wang Haram 2022 yang dihadiri oleh delegasi antarabangsa ke Malaysia. Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-25 APG sebagai badan anti-pengubahan wang haram serantau.

Kerajaan sentiasa menitikberatkan integriti dan tadbir urus yang baik dan usaha dalam memerangi rasuah akan sentiasa diperhebatkan. Ke arah itu, Kerajaan komited dalam melaksanakan langkah-langkah yang dikenal pasti di bawah Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP).

Pada masa yang sama, Kerajaan juga sedang giat berusaha untuk mendapatkan semula RM5 bilion dalam tempoh lima tahun berikutan kehilangan hasil akibat daripada penyeludupan rokok dan minuman keras. Usaha ini akan dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) melalui penyelarasan operasi bersama merentasi penguatkuasaan yang berkaitan agensi.

Perjuangan menentang jenayah berisiko tinggi ini akan terus disokong oleh kerjasama yang kukuh melibatkan agensi penguatkuasaan dan komuniti risikan kewangan. Pada tahun 2021, pendedahan laporan transaksi yang mencurigakan telah berjaya membawa kepada 70 tangkapan untuk pelbagai kesalahan, RM136 juta hasil jenayah telah dibekukan atau disita dan perolehan semula hasil lebih RM255 juta.

Kita akan sentiasa menggiatkan usaha untuk memastikan jenayah sebegini dapat dibanteras.

Arkib Foto

Logo Accessibility