YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah melancarkan #MingguSahamDigital, sebuah acara tahunan yang dianjurkan oleh PNB untuk mendekati Rakyat dengan program-program berunsur pendidikan, khususnya dalam topik kewangan dan pelaburan.
Pada tahun-tahun sebelumnya, acara ini dikenali sebagai Minggu Amanah Saham Malaysia dan diadakan secara fizikal. Namun begitu, dalam norma baharu ini serta semangat menyokong usaha transformasi digital, acara ini diadakan secara maya buat pertama kalinya. ⠀⠀
#MingguSahamDigital ini akan berlangsung dari 18 hingga 24 November 2020. Semua dijemput untuk turut serta dalam program-program yang disediakan melalui Facebook dan Youtube Minggu Saham Digital. ⠀
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.minggusahamdigital.com.my





