YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan #TeamMOF telah singgah ke Pekan Rabu.
Pekan Rabu agak sibuk kini⠀tetapi lain keadaannya semasa PKP. Kompleks Pekan Rabu lengang tanpa pelanggan tetapi para peniaga Pekan Rabu bijak memanfaatkan teknologi dengan beralih kepada jualan dalam talian. Tindakan TM menambahbaik infrastruktur pastinya disambut baik para peniaga Pekan Rabu.⠀



Walaupun perniagaan mungkin bagus sekarang, beliau berharap mereka dapat terus mengembangkan perniagaan mereka untuk lebih maju. Melalui PEMERKASA, Kerajaan akan menyediakan dana pembiayaan tambahan lebih kurang 500 juta ringgit bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program-program di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp, kesemuanya dengan kadar pembiayaan serendah 3%.⠀
Beliau berharap semua peniaga kecil, bukan sahaja di Pekan Rabu, akan memanfaatkan kemudahan yang disediakan Kerajaan ini.⠀


