Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

MoF Merdeka Run 2025

MoF Merdeka Run 2025

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, Kementerian Kewangan (MoF) telah menganjurkan MoF Merdeka Run 2025, sebuah acara larian yang penuh dengan semangat patriotik dan kesukanan.

Acara yang berlangsung meriah ini menyaksikan penyertaan seramai 541 orang peserta dan 71 orang urus setia terdiri daripada pegawai serta kakitangan Perbendaharaan Malaysia pelbagai skim dan gred perkhidmatan.

Larian sepanjang 5 kilometer tersebut dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu Terbuka Lelaki & Wanita (44 tahun ke bawah) dan Veteran Lelaki & Wanita (45 tahun ke atas).

Sebagai penghargaan, 17 peserta terpantas bagi setiap kategori telah menerima hadiah yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), MoF.

Terdahulu, YBrs. Encik Erwin Khairul Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Jabatan Penerangan Malaysia telah menyampaikan kit Jalur Gemilang kepada YBhg. Datuk Ramzi sebagai simbolik inisiatif  1 Rumah 1 Jalur Gemilang yang melambangkan perpaduan dan semangat menyemarakkan Bulan Kebangsaan. 

Suasana sepanjang acara turut diserikan dengan kibaran Jalur Gemilang dan sorakan 'Merdeka!' oleh para peserta dan penyokong. Dengan kejayaan penganjuran MoF Merdeka Run 2025, MoF membuktikan bahawa semangat kemerdekaan boleh disemarakkan melalui pelbagai pendekatan yang inklusif dan menyentuh hati rakyat.

Arkib Foto

Logo Accessibility