YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan memberikan ucaptama dalam National Tax Conference 2022, edisi ke-22 dengan tema ‘The Role Of Taxation In Post-Pandemic Recovery’ yang dianjurkan bersama oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM).
Turut bersama-sama adalah YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia serta Mr. Chow Chee Yen, Presiden Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM).
Persidangan tersebut telah disertai oleh lebih 500 peserta secara fizikal dan 1,500 peserta secara dalam talian.
Percukaian adalah amat penting bagi membantu pembangunan negara, lebih-lebih lagi dalam membangunkan semula negara pasca pandemik COVID-19. Memandang ke hadapan, beliau percaya LHDNM dengan kerjasama pihak pembayar cukai dan agensi-agensi berkaitan akan memainkan tanggungjawab masing-masing demi memastikan usaha pemulihan ekonomi negara berada di landasan terbaik.
Semoga persidangan tersebut akan mendatangkan manfaat untuk semua.