Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Panggilan Video Bersama Ketua Bahagian Ekonomi Bagi Bank Dunia (Malaysia)

Panggilan Video Bersama Ketua Bahagian Ekonomi Bagi Bank Dunia (Malaysia)

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan untuk mengadakan panggilan video bersama wakil-wakil Kumpulan Bank Dunia yang termasuk Achim Fock, memangku Pengarah Brunei, Malaysia, Philippines dan Thailand, Dr Firas Raad, Pengurus Negara bagi Malaysia, Asia Timur dan Pasifik, serta pakar dalam beberapa bidang seperti makro-ekonomi, dagangan dan pelaburan antarabangsa, termasuk Richard Record, Rekha Reddy Smita Kuriakose, dan Achim Schmillen. Wakil WBG juga termasuk Frode Davanger, Mei Ling, dan Joshua Foong dari bidang komunikasi dan pengoperasian. Mereka telah menerangkan tentang program dan usaha mereka di Malaysia yang berpotensi untuk dilaksanakan dalam proses pemulihan ekonomi pasca Covid-19.

Perbincangan meliputi cadangan yang diajukan oleh Bank Dunia mengenai respon polisi terhadap Covid-19 yang merangkumi sektor macroekonomi, kewangan, swasta dan awam serta pekerjaan.

Turut hadir adalah YBhg. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dato’ Asri Hamidon, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican dan Ketua Seksyen Ekonometrik, Dr. Sivabalasingam Veerasingam.

Arkib Foto

Logo Accessibility