Sekitar Pembentangan Belanjawan 2024 oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, Parlimen.
Pelepasan rombongan Belanjawan bermula di Bangunan Perbendaharaan, Putrajaya diiringi Timbalan-timbalan Menteri Kewangan iaitu YB Datuk Seri Ahmad Maslan dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong serta YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Tema bagi Belanjawan tahun ini adalah Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat.