Sekitar Pembentangan Belanjawan 2026 oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, Parlimen.
Pembentangan ini merupakan belanjawan keempat oleh kerajaan MADANI di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Belanjawan 2026 yang bertemakan ‘Belanjawan Rakyat’, memberi tumpuan mengangkat martabat dan kesejahteraan rakyat, di mana Kerajaan MADANI akan berusaha sedaya mungkin bagi memastikan ekonomi negara kekal teguh dan berdaya saing, selain punyai asas serta dasar yang kukuh bagi menepis sebarang gejolak yang mampu menggoncang sistem ekonomi negara.