MyDigital ID adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan pendigitalan perkhidmatan kerajaan berteknologi dan berkapasiti tinggi.
MyDigital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.
Warga Perbendaharaan Putrajaya telah melaksanakan pendaftaran MyDigital ID dalam menjayakan transformasi digital negara melalui penggunaan teknologi.