YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan memberikan penerangan mengenai Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi di Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Khas Parlimen Ke-14 Penggal Ketiga.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada YB-YB Ahli Dewan Rakyat yang hadir dalam sesi tersebut. ⠀

Sepanjang krisis pandemik COVID-19, Kerajaan telah melancarkan 8 Pakej Rangsangan Ekonomi dan ini semua demi kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi. Kerajaan akan terus peka dan komited untuk membantu rakyat selaras dengan keperluan semasa. ⠀ ⠀
Beliau percaya dengan usaha sama semua pihak dan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara yang bersifat dinamik, sentiasa ditambah baik dan mengambil kira suara dari semua pihak, semestinya akan dapat mengharungi krisis ini dengan jayanya dan #MenangBersama.