Penunaian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) penerima pedalaman Sabah yang tidak mempunyai akaun bank telah dilaksanakan di daerah Tambunan, Sabah.
Seramai 285 penerima BKM Tambunan yang tidak mempunyai akaun bank dengan jumlah bantuan melebihi RM90 ribu berjaya diserahkan dengan gabungan padu urus setia bersama Pejabat Daerah Tambunan, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia serta sokongan pihak RELA.
YBrs. Tuan Sabitun Majakil, Pegawai Daerah Tambunan dan Puan Rafidah Datu Derin, Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah turut turun padang menyempurnakan dan memastikan program berjalan dengan lancar.