Serentak dengan daerah Tawau, Penunaian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Penerima Pedalaman Sabah Tiada Akaun Bank telah dijalankan di daerah Kalabakan, Sabah.
Para penerima telah tiba di lokasi seawal 7.30 pagi di Pejabat Daerah Kalabakan. Tuan Mohamad Hj. Mohd Ali selaku Pegawai Daerah juga turut hadir untuk sesi penyerahan kepada seramai 40 orang penerima dengan jumlah bantuan sebanyak RM20,000.
Program BKM tersebut telah berjalan lancar dengan gabungan padu urus setia bersama Bank Simpanan Nasional, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Polis Diraja Malaysia, RELA serta Pejabat Daerah yang telah memberikan kerjasama dengan jayanya.
Diharapkan perkhidmatan yang disampaikan memberi manfaat kepada penerima-penerima yang hadir.