YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menyampaikan Bantuan Musim Tengkujuh kepada penoreh-penoreh getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Bharu, Kelantan.

Bantuan Musim Tengkujuh ialah pemberian bantuan tunai RM600 bagi pekebun kecil getah yang layak. Bantuan sebegini adalah untuk menolong golongan tersebut menghadapi musim tengkujuh.

Pada tahun 2021, Kerajaan telah menyalurkan lebih RM191 juta untuk memanfaatkan hampir 320,00 penerima seluruh negara. Bagi Negeri Kelantan, terdapat hampir 38,000 penerima melibatkan jumlah sumbangan hampir RM23 juta. Ini merupakan sebahagian dari pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.
Kerajaan akan terus berusaha untuk meringankan beban yang dihadapi #KeluargaMalaysia.