YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menyampaikan hadiah cabutan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSP BSN) kepada para pemenang yang bertuah semasa di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Bharu, Kelantan.

Seramai tiga orang pemenang yang bertuah di Negeri Kelantan. Pemenang yang pertama telah berjaya memenangi kereta Proton X50. Manakala pemenang kedua telah meraih wang tunai sebanyak RM50,000. Pemenang ketiga pula telah menerima wang tunai sebanyak RM1 juta.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang dan bagi beliau, tabiat melabur hendaklah dipupuk sejak dari kecil demi masa hadapan kita semua. Sekiranya melabur dalam SSP BSN, paling kurang orang ramai boleh memiliki dividen tahunan sekaligus dapat merebut peluang untuk memenangi cabutan SSP.
