Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Penyampaian sumbangan 500 bakul makanan

Penyampaian sumbangan 500 bakul makanan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru untuk menyampaikan sumbangan 500 bakul makanan bernilai RM50,000 kepada sepuluh masjid dan surau di Lembah Pantai dan Majlis Perwakilan Penduduk Lembah Pantai.

Pada awal tahun, sebanyak RM50 juta telah disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) di bawah Program Bakul Makanan yang setakat ini telah memanfaatkan lebih 430,000 keluarga.


Terbaharu, Kerajaan telah melancarkan program PRIHATIN Kasih bernilai RM100 juta untuk membantu 300,000 keluarga miskin.

Di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Kerajaan turut menyalurkan RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen untuk program bakul makanan kepada golongan terjejas di kawasan mereka.


Dalam menghadapi COVID-19, Kerajaan tidak berkompromi dalam memastikan mereka yang terjejas terus mendapat bantuan. Tiada soal memilih bulu dalam menyampaikan bantuan kerana peruntukan ini diberikan kepada Ahli Parlimen Kerajaan dan pembangkang. Oleh itu, beliau seru kepada semua Ahli Parlimen untuk mulakan misi bantuan bakul makanan secepat mungkin agar mereka yang terjejas dapat dibantu segera.

Arkib Foto

Logo Accessibility