Pilih bahasa anda
Kerajaan MADANI terus komited memperkasa ekonomi rakyat melalui penyediaan kemudahan pembiayaan mikro melebihi RM5 bilion bagi tahun 2026 yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Inisiatif ini dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro menerusi pembiayaan sehingga RM100,000 yang disalurkan melalui pelbagai agensi dan institusi kewangan pembangunan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, Bank Simpanan Nasional, Majlis Amanah Rakyat, Agrobank dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.

Dengan kadar pembiayaan serendah 3% setahun bagi skim tertentu, kemudahan ini membuka lebih banyak peluang kepada peniaga kecil, penjaja, wanita, belia, pekerja gig, lepasan TVET, pesawah serta golongan asnaf untuk mengembangkan perniagaan, meningkatkan pendapatan dan memperkukuh taraf hidup.

Selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI, kerajaan akan terus memastikan proses permohonan dipermudah, syarat pembiayaan lebih mesra rakyat dan akses bantuan disalurkan secara adil, cepat serta berkesan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
