Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Perbincangan Kumpulan Fokus bersama Pemain Industri Peranti Perubatan di Pulau Pinang

Perbincangan Kumpulan Fokus bersama Pemain Industri Peranti Perubatan di Pulau Pinang

Jelajah Belanjawan 2027 di Pulau Pinang diteruskan menerusi Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) bersama pemain industri peranti perubatan di Abbott Medical Device Division, Bayan Lepas, dengan kerjasama Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI).

Sesi yang diketuai oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II ini menghimpunkan lebih 20 syarikat terkemuka serta agensi berkaitan bagi membincangkan cabaran industri, peluang pelaburan, proses kawal selia dan langkah memperkukuh daya saing sektor peranti perubatan negara. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah turut berkesempatan meninjau proses pembuatan perentak jantung implan (pacemaker) di fasiliti berkenaan.

Pandangan dan cadangan yang dikemukakan akan menjadi antara input penting dalam memperhalusi Belanjawan 2027, khususnya bagi menyokong pertumbuhan sektor berimpak tinggi, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif.

Arkib Foto