YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan bersama YB Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan, dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, telah mengadakan perbincangan lanjut mengenai pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Tumpuan mereka adalah bagi memastikan dana yang mencukupi dan juga memudahcara proses bagi menyegerakan urusan pembelian vaksin.⠀⠀



