Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Perbincangan secara maya bersama duta Jerman ke Malaysia

Perbincangan secara maya bersama duta Jerman ke Malaysia

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan perbincangan secara maya bersama TYT Dr Peter Blomeyer, Duta Jerman ke Malaysia.

Antara intipati perbincangan adalah mengenai situasi semasa syarikat-syarikat Jerman di Malaysia, dan kedudukan ekonomi kedua-dua buah Negara. Sebagai salah satu rakan dagang utama dan pelabur kedua terbesar dari EU di Malaysia, beliau berkongsi pendapat bahawa Malaysia mempunyai persekitaran pelaburan yang selamat dan stabil.

Memandang ke hadapan, YB Menteri berharap hubungan dua hala Malaysia-Jerman akan terus kukuh dan Kerajaan komited dalam memastikan Malaysia mempunyai persekitaran perniagaan yang mantap dan terus peka terhadap keperluan pelabur-pelabur di Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada TYT Dr Peter Blomeyer atas kesudian meluangkan masa.

Arkib Foto

Logo Accessibility