YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan perbincangan secara maya bersama wakil-wakil Majlis Perniagaan EU-ASEAN (EU-ABC), terdiri daripada syarikat-syarikat EU yang beroperasi dan melabur di Malaysia.

Semasa sesi tersebut, mereka telah membincangkan mengenai perkembangan terkini inisiatif-inisiatif Kerajaan dan menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan. Beliau juga mengambil kesempatan untuk berkongsi strategi Kerajaan dalam menangani COVID-19 dan rancangan vaksinasi Malaysia.