Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Perhimpunan Agung & Mesyuarat Tahunan Persekutuan Bursa Dunia

Perhimpunan Agung & Mesyuarat Tahunan Persekutuan Bursa Dunia

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah diwakili oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, untuk menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung dan Mesyuarat Tahunan Persekutuan Bursa Dunia (the World Federation of Exchanges; WFE) yang dianjur di Kuala Lumpur tahun ini.

WFE merupakan sebuah persekutuan yang menganjurkan ketelusan serta tatakelola baik dalam pengendalian bursa saham di lebih 200 bursa saham dan rakan pusat niaga di serata dunia.

Dalam ucaptama beliau, YAB Dato’ Seri Anwar menekankan keperluan menegakkan agenda reformasi ekonomi bagi mengukuhkan asas negara. Ini akan menjurus kepada peningkatan keyakinan pelabur di pasaran saham.

YAB Dato’ Seri Anwar turut memuji Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia, selaku pengawalselia dan pengendali pasaran modal tanah air, atas ikhtiar berterusan mereka untuk memastikan pasaran modal tempatan kian mekar dan kekal menarik kepada para pelabur.

Tambah beliau, keyakinan pelabur bergantung kepada kerangka pengawalseliaan yang kukuh untuk memastikan pasaran kekal adil dan teratur, sambil menawar pelbagai peluang pembiayaan dan pelaburan merentasi saham, derivatif, bon dan sukuk.

 

 

Arkib Foto

Logo Accessibility