Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Dalam majlis tersebut, beliau menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan serta pengorbanan warga MOF yang sentiasa menjalankan amanah dan berusaha memantapkan ekonomi negara.
Harapan beliau agar kementerian ini akan membawa perubahan yang lebih teratur dan cekap pada tahun hadapan terutamanya dari segi tatakelola dan menyegerakan sesuatu proses pelaksanaan projek.