Pilih bahasa anda
Kejayaan pembentangan Belanjawan 2027 ialah hasil usaha dan komitmen seluruh warga Kementerian Kewangan (MoF).
Pada Perhimpunan Bulanan MoF, YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, merakamkan penghargaan kepada seluruh warga MoF dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan penyediaan belanjawan negara.
Beliau turut mengingatkan bahawa jika sektor korporat bekerja keras untuk menjana keuntungan dan memajukan syarikat, penjawat awam pula memikul amanah yang lebih besar, iaitu mengurus wang rakyat dengan penuh tanggungjawab.
Amanah ini menuntut tatakelola yang baik, integriti dan iltizam untuk memastikan setiap dasar serta peruntukan yang dirangka benar-benar membawa manfaat dan hasilnya dirasai rakyat.