YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri telah menyampaikan amanat kepada lebih 3,500 warga Perbendaharaan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia secara maya, untuk sesi Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan yang pertama bagi tahun 2021.
Selesai mengharungi tahun 2020 yang begitu mencabar, usaha dari warga Kementerian dan agensi-agensinya diteruskan demi Rakyat dan Negara tercinta.


Momentum semangat kerjasama dalam penyampaian perkhidmatan terus diterapkan untuk menjamin kesejahteraan Rakyat, di samping memastikan pengurusan kewangan Kerajaan yang cekap dalam meneruskan usaha pemulihan ekonomi Negara.
Untuk mencapai visi ini, beberapa penambahbaikan akan dibuat seperti memperkukuhkan tadbir urus dan kecekapan warga Kementerian, memantapkan ketelusan dan integriti, dan meningkatkan pengunaan teknologi di semua peringkat.