YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan secara maya bersama warga Kementerian Kewangan untuk menyampaikan amanat sempena pembentangan #Belanjawan2021 yang hampir tiba. Dalam ucapan, beliau telah menyentuh beberapa perkara iaitu mengenai pentingnya Belanjawan 2021 untuk menjamin kesejahteraan Rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan persediaan Belanjawan 2021, khususnya Pasukan Belanjawan yang bertungkus lumus memastikan persediaan Belanjawan ini mencapai matlamat yang disasarkan.
Pembentangan Belanjawan 2021 akan diadakan lagi 4 hari. Moga dipermudahkan segala urusan.


