YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan mengadakan perjumpaan dalam talian bersama Sarawak Metro.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), Ministry of Transportation Sarawak (MTOS) dan semua yang terlibat dalam perjumpaan tersebut.

Perjumpaan sebegini menggambarkan keterbukaan pengurusan Sarawak Metro terhadap peluang-peluang kerjasama pada masa hadapan dalam memodenisasikan perkhidmatan pengangkutan awam di Sarawak.
Beliau berharap perkongsian tersebut dapat meningkatkan pembangunan negara secara menyeluruh.