Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Perjumpaan Timbalan Menteri Kewangan II bersama wakil-wakil agensi di bawah MOF

Perjumpaan Timbalan Menteri Kewangan II bersama wakil-wakil agensi di bawah MOF
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan berjumpa dengan wakil-wakil agensi di bawah Kementerian Kewangan iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membincangkan berkenaan penyampaian maklumat bagi memastikan segala maklumat di peringkat kementerian disalurkan dan disampaikan hingga ke peringkat bawah.

Ini juga bagi memastikan semua agensi dapat membantu kementerian dalam menyalurkan maklumat yang tepat kepada orang ramai.

Beliau yakin dan percaya, agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan sememangnya mempunyai kepakaran dalam perkara sebegini dan sama-sama berharap serta berdoa supaya segala usaha dan urusan dipermudahkan.

Arkib Foto

Logo Accessibility