Bersempena penganjuran Mesyuarat Majlis Kewangan Negara, Kementerian Kewangan turut menyediakan perkhidmatan mobil dan pameran antaranya kaunter pembayaran zakat, saringan kesihatan, saringan mammogram, kaunter Bank Simpanan Nasional, kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, kaunter Sumbangan Tunai Rahmah serta Sumbangan Asas Rahmah dan Community Drumming.
Selain itu, pameran maklumat Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025, maklumat pelaksanaan Kampung Angkat MADANI, SejaTi MADANI, Kiosk Sentuhan MADANI, Portal Manfaat dan Program Anak Kita turut disediakan.
Perkhidmatan dan pameran yang disediakan adalah bagi memperkasakan pengetahuan pengunjung mengenai inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan demi kesejahteraan rakyat.