YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan merasmikan Persidangan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan kali ke-30 (NAPSAC 2022) dan temanya adalah Digital Accounting: Perspective & Realities.
![]() |
![]() |
Bersesuaian dengan dasar Kerajaan ke arah memperkasa masyarakat digital, bagi beliau, kita perlu mengadaptasikan IR 4.0 dalam semua yang diguna pakai di mana kini ia sedang berkembang dengan pesat secara global.
![]() |
![]() |
Pendigitalan merupakan agenda global di mana dunia digital merupakan satu keperluan, bukan lagi kehendak. Tanpa kita sedari, Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang menggabungjalinkan automasi, penggunaan robot dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) telah meragut peranan para profesional dalam operasi seharian, termasuk peranan para akauntan.
![]() |
![]() |
Namun, jika dilihat dari sisi positif, automasi boleh dimanfaatkan sebagai alat teknologi untuk menjadi pemangkin negara ke arah digitalisasi.
![]() |
![]() |
Beliau yakin dan percaya, dengan kepakaran akauntan-akauntan bertauliah yang ada di negara kita, Malaysia akan sentiasa terkehadapan dalam mengadaptasikan nilai-nilai baharu dalam dunia perakaunan negara. Semoga persidangan kali ini akan dapat membuka pelbagai ruang perbincangan untuk penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa.