YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan memberi ucapan perasmian bagi Persidangan Cukai Kebangsaan 2021 dengan tema ‘Taxation: Achieving Economic Resilience and Supporting Business Continuity’.
Turut bersama adalah Dato' Sri Dr. Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta Puan Farah Rosley, Presiden Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM).
Secara ringkas, beliau telah menyatakan bahawa percukaian adalah amat penting bagi membantu pembangunan negara, lebih-lebih lagi dalam menghadapi kemelut pandemik COVID-19. Namun begitu, beliau turut menekankan supaya semua pihak memastikan apa-apa inisiatif yang diperkenal tidak membebankan rakyat dan perniagaan.
Memandang ke hadapan, beliau percaya LHDNM, dengan kerjasama pihak pembayar cukai dan agensi-agensi berkaitan akan memainkan tanggungjawab masing-masing demi memastikan usaha pemulihan ekonomi negara dapat dipercepatkan.