YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama Persidangan Ekonomi Malaysia 2020, yang dianjurkan oleh Institut Strategik Kingsley (KSI) dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur (ECKL). Tahun ini, tema persidangan ini membawa persoalan yang sangat relevan, yang ada di fikiran setiap pemimpin kerajaan, pemimpin industri dan pelabur iaitu mengenai: “Dimanakah hala tuju Malaysia di masa hadapan?”
Beliau telah berkongsi mengenai usaha Kerajaan dalam memudahcara aktiviti perniagaan dalam norma baharu ini, agar Rakyat dan rakan perdangan kita dapat bekerjasama dan berkembang dengan lebih baik. Beliau juga menyentuh mengenai rancangan jangka masa sederhana Malaysia, yang akan dibentangkan semasa Belanjawan 2021 serta menghurai mengenai reformasi jangka panjang Malaysia untuk Rancangan Malaysia yang ke-12.

