Kementerian Kewangan telah menganjurkan Persidangan Juruaudit Dalam Sektor Awam Tahun 2023 (PADSA 2023) pada 23 hingga 25 Oktober 2023 bertempat di Bayview Beach Resort Pulau Pinang bertemakan 'Ke Arah Pengauditan Mapan, Pemangkin Tadbir Urus MADANI' dengan kerjasama UAD Pejabat SUK Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
PADSA 2023 ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Seramai 300 Juruaudit Dalam daripada 28 UAD Kementerian /Jabatan Persekutuan dan 13 UAD Kerajaan Negeri telah menghadiri PADSA 2023.
PADSA 2023 kali ini turut diserikan dengan sesi ta'aruf melalui aktiviti riadah. Sebanyak 5 sesi forum dan 2 taklimat telah diadakan.
Objektif PADSA 2023 adalah untuk menyediakan satu platform perkongsian ilmu di kalangan juruaudit dalam serta hubungan kerjasama antara 41 UAD Kementerian/ Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.