YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke-16, bertemakan ‘Ketahanan dan Keterangkuman dalam Memacu Pemulihan Ekonomi di Era Ketidakpastian Geo-Politik’.
Beliau turut diapit YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara.
Beliau huraikan cabaran-cabaran ekonomi yang dihadapi bukan sahaja Malaysia tetapi juga kebanyakan negara.
Gagasan Ekonomi MADANI bukan sahaja dengan sasaran jangka panjang tetapi turut mengangkat kepentingan menyelesaikan isu keperluan asas rakyat dengan segera.
Beliau turut bangkitkan bahawa usaha Kerajaan menarik pelaburan baharu perlu disokong dengan penyediaan tenaga kerja berkemahiran yang bersesuaian dengan keperluan industri.
Sinergi antara ahli akademik dan pembuat dasar perlu diperkukuh bagi memberi impak yang lebih besar kepada rakyat.
Rumusan PERKEM ke-16 ini akan turut diambil kira Kerajaan dalam penggubalan dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif Kerajaan.