YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu, YBhg. Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di pejabat beliau.
Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh KWSP untuk menyokong golongan terkesan di seluruh negara sejak Pandemik COVID-19 melanda negara tahun lalu seperti i-Lestari dan i-Sinar.
Semoga YBhg. Datuk Seri Amir Hamzah akan menerajui KWSP dengan cemerlang serta maju jaya dan paling penting, dapat mengimbangi kepentingan kebajikan pencarum, masa depan KWSP dan ekonomi negara.