Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Potensi Besar Industri Kreatif Malaysia⠀

Potensi Besar Industri Kreatif Malaysia⠀

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah telah berpeluang berjumpa dengan pelukis abstrak tersohor Datuk Tajuddin Ismail di sebuah galeri seni di Kelana Jaya. Beliau berumur lebih 70 tahun, dan walaupun sudah lebih 50 tahun berkarya, beliau masih lagi aktif menghasilkan lukisan-lukisan yang diminati oleh peminat seni dari dalam dan luar negara. Karya beliau pernah dipamerkan di pelbagai negara termasuk Australia, Jepun dan India.

Beliau juga sempat singgah ke studio Najib Bamadhaj yang merupakan ‘penghulu’ bagi sekumpulan seniman yang beroperasi di Ara Damansara, dan berjumpa dengan dua pemenang Malaysian Emerging Artist Award (MEAA) iaitu Syed Fakaruddin Ahmad dan Fazrin Abdul Rahman, serta seniman-seniman Shafiq Nordin, Anniketyni Madian, Hisyamuddin Abdullah, Fawwaz Sukri, Haziq Syawal, Khairul Arshad, Izuddin Basirun Sofia Haron, Nadzrin Haziq dan Helmi Bajilah.⠀

Kesemua anak-anak muda ini merupakan graduan seni halus UiTM. Alhamdulillah, UiTM telah menghasilkan ramai artis-artis tanahair A-list yang tersohor termasuk Datuk Tajuddin Ismail sendiri, Yusof Ghani, Dato' Sharifah Fatimah Syed Zubir, Zulkifli Yusoff, Anuar Rashid, Sabri Idrus, Jailani Abu Hassan, Ahmad Shukri Mohamed, Bayu Utomo Radjikin, Ahmad Fuad Osman, Masnoor Ramli Mahmud, Hamir Soib dan Ali Nurazmal Yusoff.

 

Semasa pengumuman pakej pemulihan ekonomi PENJANA pada bulan Jun 2020, Kerajaan menyediakan geran sebanyak RM30 juta melalui MyCreative Ventures untuk industri kreatif, acara dan pameran, serta RM10 juta melalui Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA)

Dalam Belanjawan 2021 pula, RM15 juta diperuntukkan melalui CENDANA untuk melaksanakan pelbagai program kesenian dan kebudayaan yang bakal memanfaatkan lebih 5,000 penggiat seni dan petugas produksi belakang tabir. Berdasarkan perbincangan dengan seniman-seniman ini, ternyata masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan.

Arkib Foto

Logo Accessibility