Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Anak Kita: Semarak Potensi Malaysia

Program Anak Kita: Semarak Potensi Malaysia

Program Anak Kita: Semarak Potensi Malaysia yang diluncurkan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II

Program ini bertujuan menangani tiga masalah utama iaitu:

  1. ⁠Penguasaan kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M) yang melibatkan 7 buah negeri iaitu Johor, Perak, Selangor, Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak.
  2. Keciciran pelajar dari sistem persekolahan terutamanya pelajar yang terkesan dengan kemiskinan yang melibat 6 buah negeri iaitu Selangor, Kedah, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.
  3. ⁠Meningkatkan peratusan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak mendapat sijil SPM melalui kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dan melibatkan seluruh negara.

Seramai 83,752 pelajar dan 3,458 sekolah disasarkan untuk dilibatkan dalam Program Anak Kita dari seluruh negara dan membabitkan aktiviti intervensi pembelajaran seperti kursus pedagogi untuk para guru, latihan kemahiran pengurusan pentadbiran dan kepimpinan untuk pentadbir sekolah serta penggunaan peranti teknologi sebagai alat bantuan pelajaran.

Semua langkah intervensi yang dirancang di bawah program ini bertujuan untuk melengkapi dan mendokong segala bentuk usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang berjalan pada masa ini.

Program Anak Kita yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Rasa, Hulu Selangor dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kewangan (melalui Unit Pantau MADANI) dan Yayasan Hasanah, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional.

Arkib Foto

Logo Accessibility