Program Bantuan Prihatin di Masjid Kampung Tengah, Seri Menanti, Negeri Sembilan

Program Bantuan Prihatin di Masjid Kampung Tengah, Seri Menanti, Negeri Sembilan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke Seri Menanti, Negeri Sembilan untuk Program Bantuan Prihatin bersama YAM Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti di Masjid Kampung Tengah. Sebanyak 500 bakul bantuan bernilai RM75,000 telah disampaikan kepada para asnaf di sekitar Kampung Tengah.

Beliau juga melawat kawasan masjid untuk melihat penambahbaikan fasiliti yang telah dimohon semasa lawatan beliau sebelum ini. Kelihatan karpet masjid yang usang dan lusuh kini telah diganti untuk keselesaan urusan ibadah jemaah.

Bagi memperkasakan institusi Islam, Kerajaan telah menaikkan kadar elaun guru takmir daripada RM800 kepada RM900 sebulan, manakala imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru KAFA turut menerima bayaran khas sekali bayar sebanyak RM500.

Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan akan meneruskan usaha-usaha dalam meningkatkan syiar Islam pada masa datang.