Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program GEAR-uP

Program GEAR-uP

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah diberi taklimat mengenai program GEAR-uP yang menggabungkan syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) untuk menggerakkan reformasi struktural Malaysia seperti didamba dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Sebagai gergasi-gergasi industri sementelahan dimiliki oleh Kerajaan, GLIC-GLIC ini mempunyai kedudukan kewangan ampuh serta pengaruh besar dalam menjayakan agenda pembangunan negara.

Dalam fasa pertama program GEAR-uP, enam GLIC utama telah menggembleng dana berjumlah RM120 bilion bagi tujuan pelaburan langsung domestik (DDI) dalam tempoh lima tahun akan datang, namun ini tidak termasuk pelaburan-pelaburan mereka di dalam pasaran modal awam bernilai RM440 bilion.

Enam-enam GLIC ini — Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP], Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) — akan menggunakan dana ini untuk menyokong usahawan serta industri tempatan untuk menelusuri industri-industri yang memiliki pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (high-growth high-value; HGHV).

Dana ini juga akan diperuntukkan bagi agenda pemodenan industri-industri sedia ada seperti kelapa sawit dan kewangan Islam.

Beliau berharap dengan program GEAR-uP yang bertujuan untuk memulakan perubahan sosial serta transformasi ekonomi negara ini akan disambut baik oleh segenap sektor swasta, agar komuniti perniagaan Malaysia secara keseluruhannya menjadi lebih moden, mampan dan berteraskan sifat manusia.

Arkib Foto

Logo Accessibility