Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sabah telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 20 Mei 2022.
![]() |
![]() |
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah membuka booth bermula 20 hingga 22 Mei 2022 di mana telah menyediakan kaunter khidmat nasihat melibatkan Jabatan dan Agensi di bawah MOF iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara (ANM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA).
![]() |
![]() |
Turut hadir dalam program tersebut adalah YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II dan YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).
![]() |
![]() |