Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Jelajah MADANI Timbalan Menteri Kewangan Di Batu Pahat, Johor

Program Jelajah MADANI Timbalan Menteri Kewangan Di Batu Pahat, Johor

YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Program Jelajah MADANI Timbalan Menteri Kewangan di Batu Pahat, Johor.

Kehadiran seramai 150 orang peserta dalam program tersebut amat menggalakkan.

Beliau memilih Batu Pahat sebagai lokasi tumpuan pertama bagi perjalanan Jelajah MADANI kerana tempat ini mempunyai nilai sentimental yang mendalam bagi beliau.

Langkah sebegini juga merupakan permulaan bagi usaha Kementerian Kewangan (MOF) untuk merentasi negara dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha MOF untuk menyediakan penerangan dan perkhidmatan kepada para pemegang kepentingan. Ia juga mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam mendengar dan memahami keperluan asas rakyat. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pejabat ADUN Penggaram dan Komuniti MADANI Penggaram serta pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang telah menjayakan program ini.

Arkib Foto

Logo Accessibility