Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah berlangsung di Perpustakaan Perbendaharaan, Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya melibatkan lebih 70 orang penyertaan warga Perbendaharaan.
Program ini merupakan simbolik kepada Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang diraikan pada 23 April setiap tahun secara serentak di seluruh Malaysia.
Antara objektif program adalah mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan serta membudayakan pembacaan sebagai gaya hidup dan menyemai semangat cintakan ilmu dalam kalangan warga Perbendaharaan menerusi program galakan membaca.