Hari pertama Program MADANI Rakyat 2024 – Zon Timur di reruai Kementerian Kewangan (MOF) meriah dengan pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan terus di kaunter.
Antara kaunter perkhidmatan yang terdapat di reruai MOF adalah semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) oleh Jabatan Akauntan Negara dan semakan laporan kredit CTOS dan CCRIS oleh Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit.
Selain itu, tambahan kaunter perkhidmatan MOF melibatkan semakan dan pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Bantuan Subsidi Diesel BUDI MADANI di reruai ICU, Jabatan Perdana Menteri.
Tidak ketinggalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Bank Simpanan Nasional turut menyediakan kaunter bergerak untuk pengunjung mendapatkan khidmat nasihat berkaitan simpanan persaraan dan perbankan.